Pengikut Batu Blok

Saturday, October 27, 2012

Ibu bapa dan guru

Hari ini aku terpanggil untuk bercakap mengenai institusi keguruan atau kata lainnya kerjaya sebagai pendidik.. Tapi aku bukan nak gebangg betape "untungnyerrrr" jadi cikgu (macam yang dinyatakan oleh blogger engineer itew).. Aku bukan nak gebang susah nye jadi pendidik,, Tapi ini sekadar luahan perasaan seorang pendidik terhadap ibu bapa.


Dewasa ini, (cewahhh.. guna word DEWASA mengingatkan aku pada suatu ketika dahulu masa buat karangan bahasa melayu mesti mulakan ayat dengan DEWASA INI... ) hak hak hak.. Clishe!

Ok dewasa ini, kite sering dengar dari berite-berita semasa ibu bapa yang membuat laporan polis atau menyaman guru yang menganiaya anak mereka. Jujur aku cakap aku sangatt lah sedih dengan ibu bapa yang jenis macam ini. Mereka sangat menangkan anak dan menuduh secara membuta tuli tanpa menyoal selidik akan hal kejadian tersebut. Kalau kita tengok zaman mak ayah kite, atau kalau tak jauh mase zaman aku belajar, takde lah kes saman menyaman antara ibu bapa dan cikgu. Tapi kan kenapa sekarang terjadi bende alah ini??

Aku kadang-kadang kalau fikir hal ini, aku rasa sedih sangatt.. Aku rasa cikgu ni masih rasional dalam menghukum para pelajarnya. Cikgu ingin mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah juga, Tak guna kalau sijil akademik melambung tinggi ke langit, tapi sahsiahnya ZERO.


Mintak maaf cakap lah. Ibu bapa yang memenangkan anaknya walau mereka tahu yang anaknya bersalah, maka tak mustahil anak itu akan membuat kesalahan yang lebih besar lagi. Kerana mereka tidak takut untuk melakukan kesalahan sebab mereka tahu yang ibu bapa mereka akan backing mereka. 


Zaman sekarang, pelajar die pumya gebang lebih kuah dari sudu. Contoh mereka terlalu memperbesarkan cerite mengadu kat ibu bapa mereka dan ada kalanya menipu ibu bapa mereka.


Sebagai contoh, (contoh ini terjadi terlalu dekat dengan aku). Seorang anak mengadu kepada ibu bapanya bahawa dia dipukul oleh cikgu. Ibu bapa tersebut terus naik hangin dan menyerang rumah warden tersebut. Tapi ibu bapa tersebut tau tak yang anaknya memecah masuk rumah warden dan mencuri handphone-handphone rampasan. Bapa pelajar ini membuat laporan polis dan akhirnya cikgu ini telah diarahkan untuk berhenti menjadi warden dan diarahkan keluar rumah warden serta merta. Nampak tak disitu? Tiada hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap pelajar yang memecah masuh rumah warden dan mencuri handphone?

Mana keadilannya disitu?

Ibu bapa sekalian.. Jangan sampai cikgu anak anda timbul perasaan putus asa untuk mendidik anak anda. Jangan sampai cikgu anak anda masuk kelas, mengajar, keluar kelas, dan tidak hirau dengan kelakuan anak anda. Jangan sampai cikgu anak anda tak ambil kisah dengan pelajaran mereka. Jangan sampai cikgu anak anda tak menghalalkan ilmu yang disebarkannya terhadap anak anda. kerana,  cikgu ni pon manusia. Ada hati dan perasaan..

Jadi, beringatlah!

Tapi tak semua ibu bapa bersifat seperti yang diceritakan di atas. Masih ada lagi ibu bapa yang menyokong tindakan guru menghukum anaknya yang melakukan kesilapan.

Sebagai contoh, aku ada seorang pelajar berbangsa India. pelajar ini cukuplah malas dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi, kuat menipu (homework tak siap tapi die cakap kertas latihan hilang atau tertinggal) kuat meniru dan pernah sekali hantar kerja rumah dengan hasil fotostet kawan sekelasnya punya kerja. macam-macam hukuman dah aku berikan. Marah, nasihat, cubit, diri sepanjang kelas, berdiri depan kelas berdiri luar kelas, duduk dekat meja cikgu dah macam-macam lagi, tapi die tetap dengan perangai malasnya. Aku tak tahan, dalam kelas aku minta seorang pelajar lain mengambil handphone aku dan aku terus menelefon ibunya didalam kelas tu jugak dan memaklumkan kepada ibu nya perangai anaknya.

Ibu tersebut, menyuruh aku menghukum anaknya yang melakukan  kesilapan. Aku cakap kat ibu tersebut, aku dah puas sangatt hukum die. aku mintak tolong ibu nya sendiri yang menghukumnya. Hakhakhak.. Nampak tak? Ibu bapa sebegini yang harus dicontohi kerana berkerjasama dengan cikgu untuk mendidik anaknya menjadi manusia yang berguna.


Aku tau aku sedar aku juga akan menjadi ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah. Jadi entri ini juga merupakan peringatan untuk diri aku sendiri supaya tidak memenangkan anak walau anak kita yang bersalah.


Mudah-mudahan semua berjalan lancar..


No comments: