Pengikut Batu Blok

Monday, November 25, 2013

Apa Sudah Jadi?

Apa dah jadi? haa... aku pun taktau la ape yang jadi.. Lama giler yer aku tak menulis.. bukan sengaje..tapi memang betul-betul betul betul betul tak menang tangan menguruskan kerjaya dan keluarge,... ecewah! Jadi blok yang diibaratkan seperti picisan picisan hidup ditinggalkan.. huwa huwa huwa.. Sewaktu entri ini ditulis, cuti sekolah hujung tahun sudah pun berkumandang.. makanye berbuat-buat lah rajin diri ini mengisi masa lapang.. Tahun 2013 ini dari sudut kerjaya, amatlah mencabar bagi aku.. Mencabar sebab tak menang tangan..lepas satu, satu tugas yang perlu dilaksanakan. Dah tak tengok dah facebook waktu kerje (kantoi dulu selalu tgk facebook..hahaha) Aku suka dengan kerja aku ni setakat ini la.. haha.. tak tau lah kalau esok lusa Allah ubah hati aku untuk tak suka kerjaya ini.. Tapi memang seronok melaksanakan tugas-tugas yang dilaksanakan walau aku mengakui yang stress tuh selalu terjadi tapi aku buat lek lek je... Cuma prinsip hidup aku ialah selagi termampu aku takkan bawak balik kerje ke rumah..selagi termampu..kalau paling-paling tak mampu sangattttt, aku akan bawak balik kertas exam tu pon untuk mengejar due date.. biar aku yang kejar due date sebelum aku dikejar oleh orang lain... hahaha Eh..ape daa yang aku melalut ni.. oh ni post random.. so isu disini ialah random sangat.. ape ape lah.. Dah..takde idea dah.. Sambung esok ah kalo rajin.. k bai

Sunday, March 24, 2013

good news 2013

dah 3 bulan dah sejak masuk 2013. Yer den sodar yang den dah boie sawang kek blok den ni.. Waduhh.. Sekang nih rase tulis blok bukanlah priority dalam idup. Ia sekadar memenuhi luangan mase. Dan kebetulan cuti sekolah dah bermula. Jadi cikgu, kepuasan yang sangat ketara dalam hidup bila anak-anak murid berjaya. Sebab membuktikan penggembelengan tenaga membuahkan hasil. Yer selain hasil gaji yang diidam-idamkan setiap bulan, hasil kejayaan pelajar pon kene utamakan.. Berita gembira pertama dalam 2013 ini ialah, hasil keputusan SPM 2012. Yer 2012 aku mengajar Mathematics SPM pula. Aku mengajar 2 kelas. Dan dalam 2 kelas tersebut, sukacitanya dimaklumkan yang semua pelajar mendapat A dalam Mathematics. Terharu.. Serious terharu.. Syukur dan alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH kerana memakbulkan doa kami. Ini semua hasil usaha sama penyelaras Math SPM, cikgu Aziah dan rakan sepekerjaan, cikgu khairulbariah yang bersama-sama memastikan pelajar berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Tak sia-sia usaha menaik turun tangga setiap hari. Muahahaha.. Secara keseluruhan (satu batch), hanya seorang yang dapat B. Takpelah.. Kita dah usaha brader! Baiklah, tinggalkan kenangan manis ittew.. Lets move forward! Tahun 2013 aku dipertanggungjawab menjadi penyelaras MATH PMR. Ahhh..Nebes jangan cakaplah. Tapi kenebesan tuh tak perlu dipikirkan dulu.. nebes hanya boleh diletakkan setelah usaha dipercurahkan dan bila nak tunggu hasil dikeluarkan. Insyaallah aku and team akan berusaha sedaya upaya untuk mendidik pelajar supaya berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup juga. Itu janji kami! Chiaw!