Pengikut Batu Blok

Tuesday, July 17, 2012

Penggunaan handphone di sekolah 2013

Hari ini nak bercakap secara profesional..aku nak
Bercakap dari sudut pandangan cikgu..jadi yang tak jadi cikgu, sile baca dengan jelas dan teliti dan berikan jawapan di ruang yang disediakan. *hahhamek ko aku buat ayat kecekguan*

Bangun pagi hari ini saya dikejutkan dengan berite kebenaran pelajar membawa handphone ke sekolah ada tahun 2013.. Mule2 malas nak amek pot..namun naluri kecekguan yang ingin mendidik anak bangsa demi negara yang terchinta tidak menghalang saya berfikir secare terus akan hal ini..

Lalu saya menggugel untuk melihat sejauh mana lah berite ini.. Yang dapat saya rumuskan hasil dari pembacaan saya ialah:

Perkara ini merupakan antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, dan akan dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.

Pelajar dibenarkan membawa handphone ke sekolah 2013


“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.

- Ulasan DATUK DR WEE KA SIONG, TIMBALAN MENTERI PELAJARAN

“Pelajar dibenarkan membawa handphone ke sekolah 2013” dikatakan mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.

Rasionalnya ialah penggunaan handphone di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan dan keselamatan murid serta persekitaran pembelajaran secara maya.
Dikatekan penggunaan handhone ini boleh dipakai di luar kelas..

Mari sini saya cerite ape pendapat saya:

Di sekolah saya memang sudah dibenarkan membawa handphone ke sekolah.. Mase tu pengetua fikir, bile tak benarkan pon budak still bawa jugak..so,die pon taknak menolak kemajuan teknologi dan membenarkan pelajar bawak handphone tetapi bersyarat.. Syaratnye ialah penggunaan handphone hanya boleh di gunakan di kawasan asrama sahaja dan diharamkann sama sekali membawanye kekawasan akademik dan di waktu akademik..kire handphone kene letak kat asrama la.. Pandai-pandai la nak sorokkan supaya tak dicuri.. Dan syarat lain ialah handhone itu tak boleh smartphone.. Kire fungsi die hanye boleh sms dan call sahaja.. Camere pon tak vileh ade..Ala2 nokia 3310 la..

Saya mengaku ada pelajar yang baik,akur dengan segala syarat yang diberi ialah tuan pengetua.. Namun maseh ade juge pelajar yang tak ikut syarat tersebut..

Rakan sejawat saya pernah ade pengalaman sewaktu die mengajar, ade pelajar main sms mase dalam kelas.. Ermm.. Tak mustahil kan bende yang sama jugak akan berlaku kat cikgu lain.. Dan tak mustahil juga pelajar lain buat bende yang sama tapi tak kantoi.. So, mane kefokusannya tu???

Ini di sekolah lain pula, rakan saya yang cikgu di sekolah tersebut ade cerite..tahun pertama kebenaran diberi untuk membawa handphone, masalah kes disiplin meningkat dan kes yang ketare ialah kes berdating.. Dan ia dah tak dapat dibendung..

Tu belom lagi dengan sms lucah antara lelaki ngan perempuan, abang angkat adek angkat dan seribu satu macam lagi perangai budak2..

Memang dari sudut positip, kebenaran yg diberikan adalah demi keselamatan pelajar yang kadangkala ibubapa berase bimbang akan anak mereka lalu dengan penggunaan handphone, ibu bapa dapat menghubungi anak mereka..

Tapi kalau dah namanye budak, die tetap budak.. Tetap akan berlaku penyalah gunaan, walau ape pun hukuman untuk pelajar yg tidak mengikut peraturan, mereka tetap akan lakukan..

Tak payah budak la, orang dewase pon, kalau mase time kerje, mesti belek phone jugak kan,...ape tah lagi lah budak-budak..

Kat sekolah banyak public phone, gune je public phone call ibu bapa..kalau ibu bapa nak call anak, anda boleh call sekolah dan sekolah akan panggil anak anda.. Mudah je..

Saya bukan taknak terima perubahan.. Tapi jika perubahan membawa keburukan, hati pon tak keruan..

Erm.. Tapi jika Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012 diluluskan, apa saya boleh kate.. Saya cikgu cabok je.. Ikut jelah arahan atas..

Dunia lah hai dunia..

P/s: kalau pelajar boleh bawak handphone ke sekolah, ape kate cikgu boleh bawak rotan masuk kelas.. Amacam..ade bran????