Pengikut Batu Blok

Saturday, October 27, 2012

Ibu bapa dan guru

Hari ini aku terpanggil untuk bercakap mengenai institusi keguruan atau kata lainnya kerjaya sebagai pendidik.. Tapi aku bukan nak gebangg betape "untungnyerrrr" jadi cikgu (macam yang dinyatakan oleh blogger engineer itew).. Aku bukan nak gebang susah nye jadi pendidik,, Tapi ini sekadar luahan perasaan seorang pendidik terhadap ibu bapa.


Dewasa ini, (cewahhh.. guna word DEWASA mengingatkan aku pada suatu ketika dahulu masa buat karangan bahasa melayu mesti mulakan ayat dengan DEWASA INI... ) hak hak hak.. Clishe!

Ok dewasa ini, kite sering dengar dari berite-berita semasa ibu bapa yang membuat laporan polis atau menyaman guru yang menganiaya anak mereka. Jujur aku cakap aku sangatt lah sedih dengan ibu bapa yang jenis macam ini. Mereka sangat menangkan anak dan menuduh secara membuta tuli tanpa menyoal selidik akan hal kejadian tersebut. Kalau kita tengok zaman mak ayah kite, atau kalau tak jauh mase zaman aku belajar, takde lah kes saman menyaman antara ibu bapa dan cikgu. Tapi kan kenapa sekarang terjadi bende alah ini??

Aku kadang-kadang kalau fikir hal ini, aku rasa sedih sangatt.. Aku rasa cikgu ni masih rasional dalam menghukum para pelajarnya. Cikgu ingin mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah juga, Tak guna kalau sijil akademik melambung tinggi ke langit, tapi sahsiahnya ZERO.


Mintak maaf cakap lah. Ibu bapa yang memenangkan anaknya walau mereka tahu yang anaknya bersalah, maka tak mustahil anak itu akan membuat kesalahan yang lebih besar lagi. Kerana mereka tidak takut untuk melakukan kesalahan sebab mereka tahu yang ibu bapa mereka akan backing mereka. 


Zaman sekarang, pelajar die pumya gebang lebih kuah dari sudu. Contoh mereka terlalu memperbesarkan cerite mengadu kat ibu bapa mereka dan ada kalanya menipu ibu bapa mereka.


Sebagai contoh, (contoh ini terjadi terlalu dekat dengan aku). Seorang anak mengadu kepada ibu bapanya bahawa dia dipukul oleh cikgu. Ibu bapa tersebut terus naik hangin dan menyerang rumah warden tersebut. Tapi ibu bapa tersebut tau tak yang anaknya memecah masuk rumah warden dan mencuri handphone-handphone rampasan. Bapa pelajar ini membuat laporan polis dan akhirnya cikgu ini telah diarahkan untuk berhenti menjadi warden dan diarahkan keluar rumah warden serta merta. Nampak tak disitu? Tiada hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap pelajar yang memecah masuh rumah warden dan mencuri handphone?

Mana keadilannya disitu?

Ibu bapa sekalian.. Jangan sampai cikgu anak anda timbul perasaan putus asa untuk mendidik anak anda. Jangan sampai cikgu anak anda masuk kelas, mengajar, keluar kelas, dan tidak hirau dengan kelakuan anak anda. Jangan sampai cikgu anak anda tak ambil kisah dengan pelajaran mereka. Jangan sampai cikgu anak anda tak menghalalkan ilmu yang disebarkannya terhadap anak anda. kerana,  cikgu ni pon manusia. Ada hati dan perasaan..

Jadi, beringatlah!

Tapi tak semua ibu bapa bersifat seperti yang diceritakan di atas. Masih ada lagi ibu bapa yang menyokong tindakan guru menghukum anaknya yang melakukan kesilapan.

Sebagai contoh, aku ada seorang pelajar berbangsa India. pelajar ini cukuplah malas dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi, kuat menipu (homework tak siap tapi die cakap kertas latihan hilang atau tertinggal) kuat meniru dan pernah sekali hantar kerja rumah dengan hasil fotostet kawan sekelasnya punya kerja. macam-macam hukuman dah aku berikan. Marah, nasihat, cubit, diri sepanjang kelas, berdiri depan kelas berdiri luar kelas, duduk dekat meja cikgu dah macam-macam lagi, tapi die tetap dengan perangai malasnya. Aku tak tahan, dalam kelas aku minta seorang pelajar lain mengambil handphone aku dan aku terus menelefon ibunya didalam kelas tu jugak dan memaklumkan kepada ibu nya perangai anaknya.

Ibu tersebut, menyuruh aku menghukum anaknya yang melakukan  kesilapan. Aku cakap kat ibu tersebut, aku dah puas sangatt hukum die. aku mintak tolong ibu nya sendiri yang menghukumnya. Hakhakhak.. Nampak tak? Ibu bapa sebegini yang harus dicontohi kerana berkerjasama dengan cikgu untuk mendidik anaknya menjadi manusia yang berguna.


Aku tau aku sedar aku juga akan menjadi ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah. Jadi entri ini juga merupakan peringatan untuk diri aku sendiri supaya tidak memenangkan anak walau anak kita yang bersalah.


Mudah-mudahan semua berjalan lancar..


Wednesday, October 24, 2012

Ros merah

Segarr... Segarr bau bunga ini walau dah berejam rejam aku bio je die keseorangan di atas tv.. Dan ia menjadi lebih segar bile aku mandi pukul 11 malam bersiap untuk tidur dan terpanggil untuk membauinya dan... Aku ketagihhh bau ini..

Padahal masa baru dapat tadi aku macam rase biase je since aku bukanlah penggemar bungee sejatii..cewahhh..

Patutlah eh kalau dalam drama drama atau filem-filem melayu awek dapat bunga mesti terus cium bunga tu.. Mase kecik kecik dulu aku try la aksi mencium bunga segar ini, tapi aku tak nampak kewangiannya di mana..

Dan kini aku sudah dewase untuk membau bungaa..hakhakhak..

Oh.. Sementare itu bunge ini bukanlah dihadiahi oleh suami aku.. Tapi telah diberikan oleh segerombolan pelajar yang mengumpul duit beramai-ramai membelikan guru mereka sekuntum mawar merah sebuah puisiii... Bagiii bagii mengenang jasa guru mereka yang hanya picisan ini.. Wahahahha

Dan malam ini aku tidur cium bungaaa.. Hahahaha..

Terima kasih anak-anak didik aku..susah susah ajaaa..prraaappp...


Tuesday, October 16, 2012

Random Things

halo..halo...

Aku nak sangat tulis.. tapi aku tak tau nak cakap pasal ape.. so mari kite bercerite perkara-perkara random atau sembarangan atau semberonoh saja..


  1. hari ini aku datang kerja pakai shawl light purple, baju turqoise and kain dark purple.. Haaa.. my colleuge ramai tegur but who cares?? yang penting adalah kondifen.. bagaimana mau kondifen?? Guna lah deoderen rexona!!
  2. Hari ni datang kerja aku cadang nak jawab paper final form 2 yang dah sampai.. tapi ade budak form 2 pulak yang jawab quiz dekat-dekat ngan aku.. so, postpone!! hahahaha~
  3. Badan-badan aku masih lagi rasa sengal yang tak terhingga dek kerana main netball secare tiba-tiba hari Isnin yang lalu.. Selepas setahun lebih menternak lemak.. Lawan dengan student politeknik Mersing yang memang "tak" lincah sangat.. 
  4. Sebenarnya hari ini kalau ikutkan kelas aku sangat full. Dimulakan dengan kelas form 5 ( 2 masa) pastu rehat, pastu 2 Acturus, gap satu masa, 2 Zuhal, gap satu masa, 2 Musytari.. Pendek kata, semua kelas yang aku ajar tahun ni, aku ajar pada hari ini..
  5. Aku belom sarapan lagi.. tapi sibuk nak buat blok..
  6. Eh .. aku rase nak cerita pasal business kecil-kecilan aku lah.. hermm.. tapi nantilahh.. kita makan dulu!!
  7. dah bai..

Sunday, October 7, 2012

mybatublok kembali beraksi




Bismillahirahmanirahimm..


Fuh kanan.. fuhh kiri.. puh depannnn.. puiiiiii...
Ade orang rindu kan aku kah??
ape demam aku tibe-tibe nak update blog ni??

sebab..sebab..sebabb...

sebab weekend yang lalu, dengan terajin aku telah membace entri aku yang lame-lame.. Waalahweii.. aku bace entri yang dari aku buat dari awal-awal dulu.. Masyallah.. sangat tak matang gaya penulisan aku.. wah sekarang matang kah?? teetttt...

bile baca cerite mase bujang-bujang.. cerite gaya hidup yang ntahpape ntah.. cerita yang takde arah tujuan.. cerita yang belum tau masa depan, buat aku terfikir, wahh aku dah dewasa sekarang!!

Bila baca terdetik "isk.. isk..isk.. rupenyer macam ni aku zaman dulu kala.." nak gelak pon ade.. memalukan pon ade.. wah wah..

Rase nak delete tapi sayangg.. hahahaha.. biar jelah.. I'm just being myself.. phewiittt

Sejarah membina mybatublok telah berlaku 4 tahun yang lalu sejak 2008. Mase tuh baru abis buat degree dan banyak sangat masa terluang kan.. dan klik SINI untuk first entri daku.. jangan gelak woiii..

mane datang nama mybatublok? mase nak buat blog ni, aku mencari perkataan yang seakan-akan sama dengan blog.. Jadi aku mencari-cari dan akhirnya ntah mana datang ilham aku samakan blog dengan batublok.. ala.. yang gune buat rumah tu.. wahahaha..

hokeyh.. hokeyh.. nah sape yang rindu aku, aku tempek sedikit muke aku yang tak annoying sangat ini.. hahahaha


okeyh wa caya sama lu.. bye bye bye..

Maasalamahh waillall liqakk..