Pengikut Batu Blok

Wednesday, June 3, 2009

belum difikirkan tajuk..

memang belum difikirkan lg tajuk untuk entry kali ini. Jam menunjukkan pukul 1.14 pg dimana aku rasa mcm dah lama tak menidurkan diri yang sangat lewat semenjak menerobos ke alam pekerjaan. Okeyh..jarum jam yang menunjukkan pukul 1 lebih pagi ini, membangkitkan rase untuk menulis karangan yg belum ku kenal pati lagi apa isi kandungan yg ingin ku kongsikan.
(taip dalam keadaan esok kene bangun pagi untuk perkampungan Sukan MARA)
hehe..terigat kembali nostalgia zaman muda2 dulu..tidur itu sudah sebati dalam jiwa ku..jika diberi pilihan antara belajar dan tidur, kupilih tidur. Antara sahabat dan tidur, ku pilih tidur jua. Antara makan dan tidur, akan ku analisis menu makanan tersebut..Jika makanan tersebut menyelerakan akan ku pilih makan, namun jika makanan itu adalah makanan yang ku rasa tidak membangkitkan nafsu ku, maka ku pendamkan hasrat utk mkn lalu ku tidurkan diri.begitulah aku..
mungkin dah terbiasa sejak kecil..balik sekolah agama rasa penat terus tido.sampai aku akan peruntukkan diri aku untuk tido pada setiap petang dan ia adalah aktivviti wajib sewajib makan.
aktiviti tidur terus mendapat kesinambungan apabila menyambung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi.
kemasukan aku ke pusat matrikulasi membuatkan tabiat buruk aku nih melampau2 sehingga terlampau. Keadaan yg tak tido malam dan akan tdo siang sehari suntuk membuatkan aku alpa dan sering memontengkan diri ke kelas. Mase di uni, pon same..cume kesedaran sivik lebih kuat di sini..kurang ponteng kelas, tapi masih aktif menidurkan diri. bagi aku, tido biar lebih jgn kurang..
Hata, dunia itu ibarat roda..Kini aku bersyukur sudah kembali ke fitrah manusia utk tido mengikut kemampuan ataupon mengikut keperluan seadanya., Sekarang, tiada lagi tido petang, tiada lagi tido yang panjang. tido hanyalah di waktu malam.Namun satu tabiat aku yang tak boleh ditinggalkan ialah berkire dalam waktu tido..kalo set alarm kol 7.00 pg tapi terjage pukul 6.58 pg,aku tetap akan truskan tdo yg berbaki 2 minit itu..klo cuti, aku akan set nak bangun pukul berape.kemudian tolak 7 jam..aku akan tidur selewat2nye hasil tolakan yg 7 jam itu..
dan sekarang pukul 1.29 pg..sok aku akan bangun pukul 8.30 pagi..dan rush ke Melaka.
sekian, terima kaseyh..

No comments: