Pengikut Batu Blok

Tuesday, May 24, 2011

Sukan Mara Zon Selatan (SUZON'S)


Cerite ini memang agak kebasian sedikit dek kerana kesibukan aku yang melampau untuk update blok...tapi aku akan cube mengupdate berdikit-dikit supaya blok aku nih tak kelihatan usang di panah sinaran matahari...hahahahah~

*intro tak boleh blah*



Seminggu selepas bermain futsal untuk Metro, aku lagi sekali menyibukkan diri konon-konon membina stamina untuk menyertai SUZON di MRSM Kuala Lipis..bunyi macam poyo-poyo alam,..tapi itulah hakikatnya...nama Farhana dan Netball tak boleh dipertikaikan lagi....hahaha!



demi mencukupkan korum, dan dengan harapan dan keazaman yang tinggi, bertolak lah kami kontijen MRSM Mersing ke MRSM Kuala Lipis pada hari Kamis..Boss dengan baik hati nye telah memberi kami semua cuti takyah rekod dengan percuma selama 2 hari..Khamis dan Jumaat)



Dan sebagai ibu yang pemalas tapi bertanggungjawab, aku telah dipertanggungjawab kan oleh kanda untuk menghangkot sekali permata hati aku Adam..dengan tekad yang tinggi, aku pasrah dan akur dengan keputusan kanda...maka berangkat lah kami due beranak naik bas dengan tegarnye....hahahaha


Perjalanan ke Kuala Lipis sangatlah panjang dan sangat memenatkan..Syukur kepadamu Ya Allah kerana Kau permudahkan urusanku...Mujur Adam tak banyak hal dalam bas..kerja aku menjadi senang dek kerana pertolongan dari rakan-rakan sepasukan....


Perjalanan ke Kuala Lipis mengambil masa 14 jam hokeyhhh!!!
Mersing-Kuala Lumpur-Kuala Lipis..
ditambah dengan bas yang selalu berenti untuk memberi laluan kepada penumpang bas yang ingin menyempurnakan hajatnya...

Dipendekkan cerite, kami pon sampai di MRSM Kuala Lipis dengan jayanya..


Hari pertama siang takde acara untuk aku...boleh bergolek-golek dengan Adam tanpa sebarang gangguan..Namun, kusangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari....Maghrib tuh, semua peserta perempuan dari pasukan kami, ade meeting tergempar...Ada perubahan jadual..sesuatu harus dilakukan!!*aku terbayang gaya Detective Conan cakap*hahah


Terdapat pertindihan jadual antara badminton dan catur..kebetulan, Akmal (Jabatan Sains)masuk kedua-dua acara tersebut...Pengorbanan harus dilakukan.. Akmal terpakse mengorbankan salah satu iaitu chess dan dengan tak semene-menenya aku dikehendaki main chess since peserta yang lain tak reti main chess...


Aku macam biase, boleh main..tapi tahap kemalasan berfikir yang melampau telah menghantui jiwa aku....tetapi demi semangat kesukanan aku gagahkan diri jua..Bayangkanlah, pukul 7 lebih petang meeting tuh, pukul 8 malam aku kene main chess..ces! sungguh check mate!!



Jadi malam tuh aku serah jelah Adam kat sape-sape untuk di jage...hahahah!

Malam tuh main 2 game, aku menang sekali, kalah sekali.....


Keesokan paginye aku main netball pulak...main dari pagi sampai pukul 11.00 lebih..memang "tak" panchet lah aku kan....di takdirkan Tuhan, kami jadi Naib juara Kumpulan...layak ke quarter final..namun, dek kerana kepenatan yang melampau, akhirnye pasukan bola jaring MRSM Mersing kecundang di tengah jalan.



Malam tuh, sambung lagi main chess..untuk malam ke 2, ade 3 game...aku menang sekali, kalah sekali dan seri sekali...seri nih memang dah game ke 5..aku ajak lawan aku tuh seri...dan die pon setuju since die pon nak balik cepat..hahaha...dah malam woii!!!


dan akhirnye aku dapat tempat ke 7 untuk chess..oklah tuh weyh...first timer tuh!!!


Hari Ahad, hari perjalanan balik...bertolak kami dari Kuala Lipis pukul 3 dan tiba semula di MRSM Mersing pada pukul 12 malamm...



Berikut pula adelah sedikit gambar yang telah dimuat naik:
*bahasa sungguh*


Hari pertama..sebelum naik bas..




Mase nih aku tegah main chess..Adam di bawa kemana-mana sahaja..


team netball MRSM Mersing


Due orang di atas adelah antara insan yang telah menjaga Adam dengan jayenye sewaktu di padang..Terime kaseh kawan-kawan

ceh...aku tengok orang main chess..mase nih belom tau lagi aku kene main...hah...malam tuh sekali aku yang kene main...hamek kau!



Perjalanan balik


Sekian sahaja kawan-kawan cerite yang tak berapa nak indah ini...Jap gi nak post satu lagi entry...hahahaha..ari nih menjadi tamak!


Byeee!








No comments: