Pengikut Batu Blok

Saturday, October 27, 2012

Ibu bapa dan guru

Hari ini aku terpanggil untuk bercakap mengenai institusi keguruan atau kata lainnya kerjaya sebagai pendidik.. Tapi aku bukan nak gebangg betape "untungnyerrrr" jadi cikgu (macam yang dinyatakan oleh blogger engineer itew).. Aku bukan nak gebang susah nye jadi pendidik,, Tapi ini sekadar luahan perasaan seorang pendidik terhadap ibu bapa.


Dewasa ini, (cewahhh.. guna word DEWASA mengingatkan aku pada suatu ketika dahulu masa buat karangan bahasa melayu mesti mulakan ayat dengan DEWASA INI... ) hak hak hak.. Clishe!

Ok dewasa ini, kite sering dengar dari berite-berita semasa ibu bapa yang membuat laporan polis atau menyaman guru yang menganiaya anak mereka. Jujur aku cakap aku sangatt lah sedih dengan ibu bapa yang jenis macam ini. Mereka sangat menangkan anak dan menuduh secara membuta tuli tanpa menyoal selidik akan hal kejadian tersebut. Kalau kita tengok zaman mak ayah kite, atau kalau tak jauh mase zaman aku belajar, takde lah kes saman menyaman antara ibu bapa dan cikgu. Tapi kan kenapa sekarang terjadi bende alah ini??

Aku kadang-kadang kalau fikir hal ini, aku rasa sedih sangatt.. Aku rasa cikgu ni masih rasional dalam menghukum para pelajarnya. Cikgu ingin mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah juga, Tak guna kalau sijil akademik melambung tinggi ke langit, tapi sahsiahnya ZERO.


Mintak maaf cakap lah. Ibu bapa yang memenangkan anaknya walau mereka tahu yang anaknya bersalah, maka tak mustahil anak itu akan membuat kesalahan yang lebih besar lagi. Kerana mereka tidak takut untuk melakukan kesalahan sebab mereka tahu yang ibu bapa mereka akan backing mereka. 


Zaman sekarang, pelajar die pumya gebang lebih kuah dari sudu. Contoh mereka terlalu memperbesarkan cerite mengadu kat ibu bapa mereka dan ada kalanya menipu ibu bapa mereka.


Sebagai contoh, (contoh ini terjadi terlalu dekat dengan aku). Seorang anak mengadu kepada ibu bapanya bahawa dia dipukul oleh cikgu. Ibu bapa tersebut terus naik hangin dan menyerang rumah warden tersebut. Tapi ibu bapa tersebut tau tak yang anaknya memecah masuk rumah warden dan mencuri handphone-handphone rampasan. Bapa pelajar ini membuat laporan polis dan akhirnya cikgu ini telah diarahkan untuk berhenti menjadi warden dan diarahkan keluar rumah warden serta merta. Nampak tak disitu? Tiada hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap pelajar yang memecah masuh rumah warden dan mencuri handphone?

Mana keadilannya disitu?

Ibu bapa sekalian.. Jangan sampai cikgu anak anda timbul perasaan putus asa untuk mendidik anak anda. Jangan sampai cikgu anak anda masuk kelas, mengajar, keluar kelas, dan tidak hirau dengan kelakuan anak anda. Jangan sampai cikgu anak anda tak ambil kisah dengan pelajaran mereka. Jangan sampai cikgu anak anda tak menghalalkan ilmu yang disebarkannya terhadap anak anda. kerana,  cikgu ni pon manusia. Ada hati dan perasaan..

Jadi, beringatlah!

Tapi tak semua ibu bapa bersifat seperti yang diceritakan di atas. Masih ada lagi ibu bapa yang menyokong tindakan guru menghukum anaknya yang melakukan kesilapan.

Sebagai contoh, aku ada seorang pelajar berbangsa India. pelajar ini cukuplah malas dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi, kuat menipu (homework tak siap tapi die cakap kertas latihan hilang atau tertinggal) kuat meniru dan pernah sekali hantar kerja rumah dengan hasil fotostet kawan sekelasnya punya kerja. macam-macam hukuman dah aku berikan. Marah, nasihat, cubit, diri sepanjang kelas, berdiri depan kelas berdiri luar kelas, duduk dekat meja cikgu dah macam-macam lagi, tapi die tetap dengan perangai malasnya. Aku tak tahan, dalam kelas aku minta seorang pelajar lain mengambil handphone aku dan aku terus menelefon ibunya didalam kelas tu jugak dan memaklumkan kepada ibu nya perangai anaknya.

Ibu tersebut, menyuruh aku menghukum anaknya yang melakukan  kesilapan. Aku cakap kat ibu tersebut, aku dah puas sangatt hukum die. aku mintak tolong ibu nya sendiri yang menghukumnya. Hakhakhak.. Nampak tak? Ibu bapa sebegini yang harus dicontohi kerana berkerjasama dengan cikgu untuk mendidik anaknya menjadi manusia yang berguna.


Aku tau aku sedar aku juga akan menjadi ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah. Jadi entri ini juga merupakan peringatan untuk diri aku sendiri supaya tidak memenangkan anak walau anak kita yang bersalah.


Mudah-mudahan semua berjalan lancar..


Wednesday, October 24, 2012

Ros merah

Segarr... Segarr bau bunga ini walau dah berejam rejam aku bio je die keseorangan di atas tv.. Dan ia menjadi lebih segar bile aku mandi pukul 11 malam bersiap untuk tidur dan terpanggil untuk membauinya dan... Aku ketagihhh bau ini..

Padahal masa baru dapat tadi aku macam rase biase je since aku bukanlah penggemar bungee sejatii..cewahhh..

Patutlah eh kalau dalam drama drama atau filem-filem melayu awek dapat bunga mesti terus cium bunga tu.. Mase kecik kecik dulu aku try la aksi mencium bunga segar ini, tapi aku tak nampak kewangiannya di mana..

Dan kini aku sudah dewase untuk membau bungaa..hakhakhak..

Oh.. Sementare itu bunge ini bukanlah dihadiahi oleh suami aku.. Tapi telah diberikan oleh segerombolan pelajar yang mengumpul duit beramai-ramai membelikan guru mereka sekuntum mawar merah sebuah puisiii... Bagiii bagii mengenang jasa guru mereka yang hanya picisan ini.. Wahahahha

Dan malam ini aku tidur cium bungaaa.. Hahahaha..

Terima kasih anak-anak didik aku..susah susah ajaaa..prraaappp...


Tuesday, October 16, 2012

Random Things

halo..halo...

Aku nak sangat tulis.. tapi aku tak tau nak cakap pasal ape.. so mari kite bercerite perkara-perkara random atau sembarangan atau semberonoh saja..


  1. hari ini aku datang kerja pakai shawl light purple, baju turqoise and kain dark purple.. Haaa.. my colleuge ramai tegur but who cares?? yang penting adalah kondifen.. bagaimana mau kondifen?? Guna lah deoderen rexona!!
  2. Hari ni datang kerja aku cadang nak jawab paper final form 2 yang dah sampai.. tapi ade budak form 2 pulak yang jawab quiz dekat-dekat ngan aku.. so, postpone!! hahahaha~
  3. Badan-badan aku masih lagi rasa sengal yang tak terhingga dek kerana main netball secare tiba-tiba hari Isnin yang lalu.. Selepas setahun lebih menternak lemak.. Lawan dengan student politeknik Mersing yang memang "tak" lincah sangat.. 
  4. Sebenarnya hari ini kalau ikutkan kelas aku sangat full. Dimulakan dengan kelas form 5 ( 2 masa) pastu rehat, pastu 2 Acturus, gap satu masa, 2 Zuhal, gap satu masa, 2 Musytari.. Pendek kata, semua kelas yang aku ajar tahun ni, aku ajar pada hari ini..
  5. Aku belom sarapan lagi.. tapi sibuk nak buat blok..
  6. Eh .. aku rase nak cerita pasal business kecil-kecilan aku lah.. hermm.. tapi nantilahh.. kita makan dulu!!
  7. dah bai..

Sunday, October 7, 2012

mybatublok kembali beraksi




Bismillahirahmanirahimm..


Fuh kanan.. fuhh kiri.. puh depannnn.. puiiiiii...
Ade orang rindu kan aku kah??
ape demam aku tibe-tibe nak update blog ni??

sebab..sebab..sebabb...

sebab weekend yang lalu, dengan terajin aku telah membace entri aku yang lame-lame.. Waalahweii.. aku bace entri yang dari aku buat dari awal-awal dulu.. Masyallah.. sangat tak matang gaya penulisan aku.. wah sekarang matang kah?? teetttt...

bile baca cerite mase bujang-bujang.. cerite gaya hidup yang ntahpape ntah.. cerita yang takde arah tujuan.. cerita yang belum tau masa depan, buat aku terfikir, wahh aku dah dewasa sekarang!!

Bila baca terdetik "isk.. isk..isk.. rupenyer macam ni aku zaman dulu kala.." nak gelak pon ade.. memalukan pon ade.. wah wah..

Rase nak delete tapi sayangg.. hahahaha.. biar jelah.. I'm just being myself.. phewiittt

Sejarah membina mybatublok telah berlaku 4 tahun yang lalu sejak 2008. Mase tuh baru abis buat degree dan banyak sangat masa terluang kan.. dan klik SINI untuk first entri daku.. jangan gelak woiii..

mane datang nama mybatublok? mase nak buat blog ni, aku mencari perkataan yang seakan-akan sama dengan blog.. Jadi aku mencari-cari dan akhirnya ntah mana datang ilham aku samakan blog dengan batublok.. ala.. yang gune buat rumah tu.. wahahaha..

hokeyh.. hokeyh.. nah sape yang rindu aku, aku tempek sedikit muke aku yang tak annoying sangat ini.. hahahaha


okeyh wa caya sama lu.. bye bye bye..

Maasalamahh waillall liqakk..

Wednesday, August 29, 2012

my lil boy Adam

Mersing-seorang budak lelaki Adam,2, telah dimasukkan dalam hospital akibat demam panas yang tak baik2 dan sewaktu beerite ini ditulis, die sudah sakit tak larat selame 6 hari.

Ibunye, Farhana, belum masum 27, berkata, anaknye pada hari pertama hingga ke empat demam mengalami berak2 air berpanjangan.. Dan Adam dimasukkan ke hospital pada hari ke 5 sakittnye dan dimasukkan air. "syukur sejak dimasukkan wad, berak2 airnye sudah tiade lagi, cume  demam nye hanya on dan off saja" kata ibunya lagi.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk mendoakan supaya kesihatan anaknya pulih seperti sediakala dan anaknye dapat hidup sihat dan ceria dan bertenaga.-BERNAMA

P/s: aku sangat positif dengan ujian ini.. Allah duga aku dengan ujian ini ade hikmahnye.. Hikmahnye ialah supaya aku kembali fokus kat adam. Selame ni aku banyak fokus kat anas. Mandi cuci adam banyak yg #mysumi uruskan. Aku uruskan anas. Bile adam sakit aku uruskan adam aku sedar, eh aku jarang da uruskan adam.. Maybe ini lah hikmahnya.. Harap2 aku x "abaikan" adam lepas ni..

Semoga Allah bagi aku kekuatan dalaman dan semangat untuk jage dan bimbing anak2 demi melahirkan insan2 hadhari apabila mereka besar nanti.. Amiinn..

Taqabbalallhumingkummm..
Minnawamingkumtaqabbalyakariimmmm....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 17, 2012

Penggunaan handphone di sekolah 2013

Hari ini nak bercakap secara profesional..aku nak
Bercakap dari sudut pandangan cikgu..jadi yang tak jadi cikgu, sile baca dengan jelas dan teliti dan berikan jawapan di ruang yang disediakan. *hahhamek ko aku buat ayat kecekguan*

Bangun pagi hari ini saya dikejutkan dengan berite kebenaran pelajar membawa handphone ke sekolah ada tahun 2013.. Mule2 malas nak amek pot..namun naluri kecekguan yang ingin mendidik anak bangsa demi negara yang terchinta tidak menghalang saya berfikir secare terus akan hal ini..

Lalu saya menggugel untuk melihat sejauh mana lah berite ini.. Yang dapat saya rumuskan hasil dari pembacaan saya ialah:

Perkara ini merupakan antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, dan akan dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.

Pelajar dibenarkan membawa handphone ke sekolah 2013


“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.

- Ulasan DATUK DR WEE KA SIONG, TIMBALAN MENTERI PELAJARAN

“Pelajar dibenarkan membawa handphone ke sekolah 2013” dikatakan mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.

Rasionalnya ialah penggunaan handphone di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan dan keselamatan murid serta persekitaran pembelajaran secara maya.
Dikatekan penggunaan handhone ini boleh dipakai di luar kelas..

Mari sini saya cerite ape pendapat saya:

Di sekolah saya memang sudah dibenarkan membawa handphone ke sekolah.. Mase tu pengetua fikir, bile tak benarkan pon budak still bawa jugak..so,die pon taknak menolak kemajuan teknologi dan membenarkan pelajar bawak handphone tetapi bersyarat.. Syaratnye ialah penggunaan handphone hanya boleh di gunakan di kawasan asrama sahaja dan diharamkann sama sekali membawanye kekawasan akademik dan di waktu akademik..kire handphone kene letak kat asrama la.. Pandai-pandai la nak sorokkan supaya tak dicuri.. Dan syarat lain ialah handhone itu tak boleh smartphone.. Kire fungsi die hanye boleh sms dan call sahaja.. Camere pon tak vileh ade..Ala2 nokia 3310 la..

Saya mengaku ada pelajar yang baik,akur dengan segala syarat yang diberi ialah tuan pengetua.. Namun maseh ade juge pelajar yang tak ikut syarat tersebut..

Rakan sejawat saya pernah ade pengalaman sewaktu die mengajar, ade pelajar main sms mase dalam kelas.. Ermm.. Tak mustahil kan bende yang sama jugak akan berlaku kat cikgu lain.. Dan tak mustahil juga pelajar lain buat bende yang sama tapi tak kantoi.. So, mane kefokusannya tu???

Ini di sekolah lain pula, rakan saya yang cikgu di sekolah tersebut ade cerite..tahun pertama kebenaran diberi untuk membawa handphone, masalah kes disiplin meningkat dan kes yang ketare ialah kes berdating.. Dan ia dah tak dapat dibendung..

Tu belom lagi dengan sms lucah antara lelaki ngan perempuan, abang angkat adek angkat dan seribu satu macam lagi perangai budak2..

Memang dari sudut positip, kebenaran yg diberikan adalah demi keselamatan pelajar yang kadangkala ibubapa berase bimbang akan anak mereka lalu dengan penggunaan handphone, ibu bapa dapat menghubungi anak mereka..

Tapi kalau dah namanye budak, die tetap budak.. Tetap akan berlaku penyalah gunaan, walau ape pun hukuman untuk pelajar yg tidak mengikut peraturan, mereka tetap akan lakukan..

Tak payah budak la, orang dewase pon, kalau mase time kerje, mesti belek phone jugak kan,...ape tah lagi lah budak-budak..

Kat sekolah banyak public phone, gune je public phone call ibu bapa..kalau ibu bapa nak call anak, anda boleh call sekolah dan sekolah akan panggil anak anda.. Mudah je..

Saya bukan taknak terima perubahan.. Tapi jika perubahan membawa keburukan, hati pon tak keruan..

Erm.. Tapi jika Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012 diluluskan, apa saya boleh kate.. Saya cikgu cabok je.. Ikut jelah arahan atas..

Dunia lah hai dunia..

P/s: kalau pelajar boleh bawak handphone ke sekolah, ape kate cikgu boleh bawak rotan masuk kelas.. Amacam..ade bran????


Friday, May 25, 2012

Ketika aku dibersalinkan..

Assalamualaikum..fuhh..akhirnye aku berjaye jugak membukak dashboard blogspot dan tekan button 'pensil' yang maksud die write new post! Wah..ari nih korang tengok tajuk korang pasti boleh agak aku nak cerite pasal ape..Pastilah aku nak ceritekan bagaimana detik kelahiran anak terbaru aku n kanda.. Ialah mase Adam dulu aku cerite..takkan lah anak terbaru nih tanak cerite kan..setiap anak ade cerite yg berbeze..So, here we go!Seperti yg dibagitau,*eh, aku ade bagitau ke?? Muahahaah* patutnye due kelahiran baby ialah 21 april..tapi time 21 april tuh, adek aku telah disahkan bertunang..so, baby yg bijak perkase telah mengpostpone pengeluaran dirinye.. And besoknye 22 april aku telah menggigihkan diri bawak Adam pegi tengok teater upin ipin di Istana Budaya..wahh...mase tuh tak nak la pikir terberanak sane..gagah lah aku mengangkut adam bersame2 rakan sepermainan, kemar, edung n peley..thanks to edung yg berjaye merealisasikan hasrat aku tengok upin ipin..

Mase tengok upin ipin teater nih, aku memang ade rase contraction tapi very light and sela masa pon agak lama..tapi tak sakit mana pon..

Dan 23 april masih lagi mengalami contraction..mase contraction pada hari nih ade lah dalam doploh hingge tigepuloh minet sekali..

Sehinggelah 24 April..siang tuh contraction terjadi macamlah semalamnye..cume bile menjelang malam, aku rase ia semakit kuat dan sela masa dalam 5-10 minit sekali..aku cakap ngan mak aku nak epgi hospital esok pagi.. Tetapi almalang belom sempat nak pagi, Bile dah nak tengah malam, aku rase ia semakin kerap dan semakin sakit dan aku semakin mengeluarkan air mata tande dah sakit..mase nih perasaan takut dan cuak sangatlah menebal..

Pukul 11 lebih malam, sampai lah ku di hospital serdang.. Wahh..dari luo nampak lawa..

Masuk dan daftar, HO buat VE kat aku dan ia sudah terbukak 4 cm dan aku kne bergegas ke dewan bersalin..masuk dewan bersalin,mak aihhh..canggih betul..bilik beso..siap ade toilet sendiri dalam bilik..tapi.....takde hekon.. Hangin aku satu badan dah la sakit..berpeluh peluh panas..aku tanyr misi tuh hospital nih takde hekon ke?? Dan die jawab "dah tige bulan takde hekon dikk" whaattttt?? Die sambung "beruntungla awak bersalin malam..kalo siang lagi panas" homai..homai.. Lalu die bagi aku kertas laminate suruh aku kipas sendiri memandangkan kanda belum sampai,sambil menahan sakit sambil kipas diri sendiri..

Dari pukul 1 pagi sampai lah 5 lebih pagi,HO ke MO ntah die buat VE lagi kat aku dan ia baru terbukak 5 cm.. Huh.. Perkare same terjadi macam nak lahirkan adam dulu..lambat terbukak..tapi air ketuban dah dipecahkan..

Nurse tengok CTG baby, dan die kate baby dah lemah so die cadangkan aku kene ceaser..kali ni aku pasrahh sangat sebab aku dah tak tahan sakit.. Dalam hati cakap, cepatlaa bius aku.. Aku x nak rase sakit ni,..dengan kanda pon yang tak sampai lagi..lagi la sakeett..Dengan gigil gigil aku tandetangan kebenaran derang menceaser kan aku..

Sampai OT, aku dah rase aku lemah longlai.. Die suruh duduk tegak nak cuck bius kat pinggang pon aku tak daya.. Tapi aku cakap kat diri aku yang aku nak settle kan bende nih semua cepat.. So, aku kuatkan semangat bile die bius je, die baringkan aku dan aku rase sangat lege.. Ujung kaki dah rase kebas sampai lah naik ke perut..

Mase nih, aku rase diorang buat ape dan tak sampai setengah jam, aku dah dengar anak aku nangis uwekk uwekk.. Then uweekk uwekk tu semakin jauh sebab die nak bersihkan kot baby tu, pastu sedang tunggu pembedah tutup perut aku, nurse datang bawak baby die suruh cium je.. Tak bg pon baby minum susu badanku..

Kalau nak cerite satu2 memang la panjang kisah ni..belum keadaan kesakitan lepas beranak lagi.. Dengan keadaan hospital yang...... Huhu.. Nasib la da menyelamatkan nyawe aku..kalo tak aku laporkan je ketidak puasan hati ke kementerian..dah la..malas pikir sebab yang penting aku dan anak selamat.. Tapi nanti kalau aku rajin aku cerite.. Kalau malas,sodaqallah jelah.. Hahaha


Aku just nak ucapkan sangat sangat terime kasih terutama sekali kat kanda yang sabo sangat layan karenah aku mase aku kat hospital dengan keadaan yg sakitt itu.. Kepada mak aku yg buatkan makan makan orang pantang yang lebih sedap dari makanan hospital, jagekan adam waktu aku kat hospital, belikan pati haruan semate2 nak bagi aku baik,jage aku mase pantang.. Kepada adik-adik aku jugak, peyna, aten, timah ngn eqoh.. Yang jage adam, mandi cebokkan berak die, buatkan susu adam dan anas.. Hanye Allah je yang mampu balas jase u ols.. Lebiu!!!